Cari:
Kerjasama China-Afrika bagi Atasi Kemiskinan
2015-12-09 12:29:53 CRI Cetak

Simposium mengatasi kemiskinan dan pembangunan bagi Forum Kerjasama China-Afrika dirasmikan di Johannesburg semalam. Simposium yang bertema "kerjasama China-Afrika bagi mengatasi kemiskinan dan mewujudkan pembangunan yang berterusan pasca 2015" bertujuan untuk berkongsi pengalaman untuk mencari keadah yang lebih berkesan bagi mengatasi kemiskinan.

Lebih 150 orang pegawai kerajaan, pakar dan sarjana serta usahawan dan tokoh media dari China dan pelbagai negara Afrika menyertai simposium yang berlangsung selama dua hari ini.

Para peserta mengadakan perbincangan tentang pengaruh China terhadap pembasmian kemiskinan di Afrika, perkongsian pengalaman bagi mengatasi kemiskinan serta mekanisme kerjasama dan kaedah antara China dengan Afrika bagi mewujudkan pembangunan secara berterusan.

Naib Pengarah Jabatan Pembasmian Kemiskinan Dewan Negara China, Hong Tianyun ketika berucap dalam upacara perasmian simposium kali ini berkata, pihaknya akan bertukar-tukar dan berkongsi pengalaman dengan pelbagai negara membangun dalam bidang pembasmian kemiskinan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China