Cari:
Xi Arah Operasi SAR di Shenzhen
2015-12-21 14:24:23 CRI Cetak

Tanah runtuh melanda Taman Industri Hengtaiyu, daerah Guangmingxinqu, bandar Shenzhen, provinsi Guangdong, China kira-kira pada pukul 11.40 pagi semalam.

Paip gas di sekitar kawasan tanah runtuh turut meletup.

Presiden China, Xi Jinping segera mengarahkan pihak berkuasa provinsi Guangdong dan bandar Shenzhen menjalankan operasi mencari dan menyelamatkan(SAR)secepat mungkin serta menangani hal-hal yang berkaitan dengan segera.

Perdana Menteri, Li Keqiang pula menggesa pihak-pihak yang berkaitan berusaha merawat mangsa yang cedera, mencegah tercetusnya bencana kali kedua, menyiasat punca insiden dan menangani hal-hal yang berkaitan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China