Cari:
Xi: Berjuang Basmi Kemiskinan
2015-11-29 17:09:46 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping berikrar mengambil langkah-langkah yang tegas untuk membantu semua penduduk miskin keluar daripada belenggu kemiskinan dan menikmati perkhidmatan sosial asas menjelang 2020.

Dalam ucapan pada mesyuarat jawatankuasa pusat Parti Komunis China (PKC) tentang pembasmian kemiskinan yang berakhir semalam, Xi menegaskan bahawa membasmi kemiskinan, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan mewujudkan kemakmuran merupakan sasaran dan tugas penting PKC.

Pembangunan masyarakat kaya secara komprehensif merupakan janji kerajaan kepada rakyat. Pihak-pihak terlibat perlu bertungkus-lumus dan bersatu tenaga untuk merealisasikan matlamat tersebut.

Pada ketika ini, masih terdapat lebih 70 juta penduduk miskin di kawasan desa. Presiden Xi turut memperkenalkan langkah-langkah untuk membantu mereka terlepas daripada perangkap kemiskinan. Pertama, meningkatkan daya pengeluaran. Kedua, membantu sebahagian penduduk miskin bebas daripada kemiskinan melalui penempatan semula. Ketiga, meningkatkan perlindungan ekologi di kawasan mundur bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada yang miskin. Keempat, menjamin masyarakat tempatan menerima pendidikan yang wajar. Dan kelima, memastikan mereka yang tidak mempunyai keupayaan bekerja menikmati kebajikan sosial.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China