Cari:
Presiden Xi Beri Arahan bagi Kerja di Desa
2015-12-26 15:23:52 CRI Cetak

Sidang Kerja Luar Bandar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) diadakan di Beijing pada 24 hingga 25 Disember yang lalu. Jawatankuasa tersebut dan Dewan Negara memberikan perhatian yang cukup tinggi terhadap sidang kali ini. Presiden, Xi Jinping berkata, pertanian menjadi asas bagi kehidupan rakyat. China mencapai kejayaan besar dalam perkembangan luar bandar dan pertanian dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-12 (2011 hingga 2015). Bagaimanapun, pembangunan pertanian dan luar bandar masih menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Kerajaan perlu mempunyai dan bersungguh-sungguh melaksanakan konsep perkembangan yang berorientasikan inovasi, menyelaras, hijau, terbuka dan berkongsi, membawa faedah kepada kaum tani dan memperkasakan pelbagai pembaharuan di desa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China