Cari:
Kerjasama China dan Jerman Meningkat
2016-06-15 14:40:56 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Jerman, Angela Merkel bersama-sama menghadiri Forum Kerjasama Ekonomi dan Teknologi China-Jerman ke-8 pada 13 Jun yang lalu.

Li berkata, kerjasama pragmatik merupakan asas bagi hubungan China dan Jerman.

Kedua-dua negara menggalakkan pasaran terbuka berdasarkan prinsip kesamarataan.

Selain itu, kerjasama antara kedua-dua pihak semakin kukuh dan meluas.

Keterbukaan China terhadap dunia luar juga semakin meningkat.

Keadaan tersebut akan menyediakan peluang pelaburan yang lebih banyak kepada syarikat asing di China termasuk syarikat Jerman.

Merkel pula berkata, Jerman dan China bukan sahaja pasaran eksport yang penting, malah rakan inovasi dan penyelidikan.

Kedua-dua negara perlu bekerja bersama-sama untuk mewujudkan pembangunan dan meneroka potensi baharu.

Lihat juga
berita lain
v Merkel Ditemui Yang Jiechi 2015-02-08 15:43:21
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China