Cari:
Presiden Xi: Perkasakan Usaha Bantuan Kemiskinan
2016-10-16 16:01:54 CRI Cetak

Menjelang Hari Bantuan Kemiskinan ke-3 di China, Presiden, Xi Jinping menyatakan, memberikan hadiah kepada pertubuhan dan individu yang cemerlang dalam bidang bantuan kemiskinan serta menjadikan mereka sebagai teladan amat penting bagi menjayakan kempen yang berjangka panjang itu. Menurutnya, kejayaan dalam membasmi kemiskinan di desa dilihat sebagai salah satu indeks simbolik bagi menilai tercapainya sasaran pembinaan masyarakat kaya dan Sasaran Perjuangan Abad Pertama. Pelaksanaan tugas ini tidak terlepas dari perjuangan pegawai kerajaan dan rakyat di kawasan yang miskin serta bantuan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pihak berkuasa perlu terus membaharui dan menginovasi mekanisme dan cara bantuan kemiskinan, mempromosi dan menimba pengalaman para teladan dalam bidang tersebut serta menggalakkan pegawai dan rakyat di kawasan miskin meningkatkan ketepatan dalam usaha bantuan kemiskinan.

Perdana Menteri, Li Keqiang pula mengarah bahawa membasmi kemiskinan menurut jadual menjadi tugas yang penting bagi pembinaan masyarakat kaya secara komprehensif. Ini memerlukan usaha pelbagai lapisan masyarakat. Beliau mengucapkan tahniah kepada para teladan yang dianugerahi hadiah dalam bidang tersebut dan menggalakkan badan dan individu yang berkenaan mencari inspirasi dan menimba pengalaman mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China