
Kementerian Luar Korea Selatan semalam mengumumkan, Presiden Park Geun-hye tidak dapat menghadiri mesyuarat tidak formal pemimpin Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-24 yang bakal diadakan di Lima, Peru.
Jurucakap kementerian itu berkata, keputusan itu dibuat atas sebab situasi keselamatan di Semenanjung Korea yang semakin serius.
Park Geun-hye telah dua kali menyatakan permohonan maaf kepada rakyat Korea, berikutan skandal kawan rapat yang campur tangan dalam urusan negara, namun tindakan tersebut masih tidak dapat meredakan keadaan.
Sebahagian besar rakyat Korea menggesa beliau meletakkan jawatan.








