Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu telah menemui Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertanggungjawab bagi hal ehwal politik dan keselamatan, Miroslav Lajcak di Jakarta, Indonesia pada 7 November lalu.
Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat tentang hubungan China-ASEAN dan kerjasama antara PBB dengan ASEAN.
Lacjack berkata, PBB meluluskan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 pada tahun lalu, manakala ASEAN pula telah meluluskan Wawasan Komuniti ASEAN 2025.
Usaha tersebut merupakan asas yang kukuh kepada kedua-dua pihak untuk mengadakan lebih banyak kerjasama pragmatik.
PBB menyanjung tinggi peranan penting China dalam urusan serantau dan antarabangsa.
Xu pula berkata, China menyokong PBB meningkatkan kerjasama dengan ASEAN dan bersedia untuk meningkatkan koordinasi dan komunikasi dengan PBB dalam usaha memelihara kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau.