Kem latihan bola sepak remaja Beijing yang berlangsung selama enam hari berakhir semalam.
Latihan tersebut merupakan latihan kali kedua selepas diadakan pada tahun lepas.
Para pemain remaja dari pelbagai sekolah menengah dan sekolah rendah di Beijing telah menyertai sesi latihan kali ini.
Mereka telah menunjukkan bakat dan kemahiran yang tinggi dalam pertandingan bola sepak sekolah menengah dan sekolah rendah Beijing 2016.
Kem latihan kali ini bertujuan untuk meningkatkan tahap sukan bola sepak di sekolah-sekolah Beijing dan meningkatkan daya kemampuan pelajar secara menyeluruh.