Cari:
Sambutan Tahun Baharu Cina di London
2017-01-30 14:20:50 CRI Cetak

Karnival menyambut Tahun Baharu Cina dirasmikan di Lapangan Trafalgar London semalam. Karnival yang diadakan setahun sekali itu dianggap sebagai aktiviti perayaan Tahun Baharu Cina yang berskala paling besar di luar Asia. Duta Besar China ke Britain, Liu Xiaoming ketika berucap dalam upacara perasmian itu berkata, karnival tersebut dilihat mampu meningkatkan pengaruh London.

Dimulakan dengan tarian singa dan naga, karnival tersebut turut disambungkan dengan persembahan yang menarik yang disajikan rombongan kesenian dari China. Selain itu, snek China yang lazat serta kraftangan buatan China tersedia dalam pasar terbuka di sekitar Lapangan Trafalgar.

Ratu Elisabeth ke-2 dan Perdana Menteri, Theresa May pula mengirim surat tahniah atas aktiviti kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China