Cari:
Jumlah Jualan Mercun dan Bunga Api di Beijing Berkurangan
2017-02-02 14:54:35 CRI Cetak

Menurut statistik pihak berkuasa Beijing pagi tadi, jumlah jualan, aktiviti pembakaran mercun dan bunga api serta mangsa yang cedera akibat bermain mercun dan bunga api dalam tempoh lima hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) tahun ini telah menurun.

Jualan mercun dan bunga api dalam tempoh tersebut susut 30.3 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, manakala mangsa yang cedera pula menurun 21.4 peratus berbanding tahun lalu.

Pasukan bomba dan agensi-agensi yang berkaitan perlu bersiap sedia bagi mencegah kebakaran akibat bermain mercun dan bunga api.

Kerajaan juga telah mengehadkan tempoh jualan mercun dan bunga api sempena TBC bagi mengurangkan pencemaran udara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China