Cari:
Guterres: B&R Bermanfaat bagi Globalisasi
2017-05-09 14:35:43 CRI Cetak

Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres akan melawat ke China pada 13 hingga 15 Mei nanti dan menghadiri Forum Peringkat Tinggi Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R).

Lawatan tersebut merupakan lawatan pertama Guterres ke China sejak beliau menyandang jawatan tersebut.

Guterres, ketika diwawancara semalam berkata, inisiatif B&R yang dikemukakan oleh China merupakan satu pelan yang bercirikan China bagi pembangunan globalisasi.

Inisiatif tersebut memberikan sumbangan bagi menyelesaikan isu-isu antarabangsa, di samping memperkasakan kerjasama antarabangsa.

Projek-projek yang dilaksanakan dalam rangka inisiatif B&R, khususnya projek pembinaan prasarana telah memainkan peranan penting bagi kesalinghubungan seluruh dunia.

Forum B&R nanti dilihat dapat menyediakan platform bagi menggalakkan pembangunan sejagat yang lebih inklusif dan mampan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China