Aktiviti seribu orang membuat kraftangan guntingan kertas diadakan di kauti Horinger, Hohhot, ibu kota Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, China pada 8 Jun lalu. Peserta dari pelbagai sektor menyertai aktiviti ini. Yang tertua berusia 89 tahun dan yang paling muda berusia 8 tahun.
Guntingan kertas Horinger merupakan kraftangan yang terkenal. Pada tahun 2009, guntingan kertas China disenaraikan sebagai Warisan Budaya Bukan Benda Dunia oleh UNESCO.