Cari:
China Bantah Kapal AS Masuk Kepulauan Nansha secara Haram
2017-08-11 16:14:26 CRI Cetak

Kapal pembinasa peluru berpandu John S. McCain Amerika Syarikat (AS) memasuki kawasan perairan Kepulauan Nansha tanpa mendapat izi daripada kerajaan China semalam. Pihak China mengemukakan representasi dan bantahan kepada AS.

Jurucakap Kementerian Luar, Geng Shuang berkata, kapal tentera China segera mengenalpasti identiti kapal AS dan memberikan amaran sebelum mengusir kapal pembinasa tersebut.

Menurutnya, China mempunyai kedaulatan terhadap Kepulauan Nansha dan kawasan perairan di sekitarnya. Tindakan kapal perang AS tersebut membelakangi undang-undang China dan antarabangsa serta menjejaskan kedaulatan dan keselamatan China.

Beliau menuntut AS menghormati dengan benar-benar kedaulatan dan kepentingan keselamatan China serta jangan bertindak untuk menjejaskan kesalingpercayaan antara kedua-dua negara dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China