Cari:
Turki Sokong "Rancangan Dua Negara" Selesaikan Konflik Palestin-Israel
2017-08-29 14:52:12 CRI Cetak

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menyeru menyelesaikan konflik antara Palestin dengan Israel secara damai melalui "rancangan dua negara".

Beliau berkata demikian dalam sidang media setelah berunding dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Ankara semalam.

Menurutnya, rancangan dua negara merupakan tanggungjawab sejarah masyarakat antarabangsa terhadap rakyat Palestin. Pihaknya menyokong penubuhan sebuah negara merdeka Palestin yang beribu negara di Baitulmuqaddis Timur berasaskan garis sempadan yang ditetapkan pada tahun 1967.

Beliau mendakwa pembinaan pusat penempatan Yahudi oleh Israel di wilayah Palestin yang diduduki, telah menjejaskan pelaksanaan "rancangan dua negara". Menyelesaikan konflik tersebut bermanfaat bagi kedua-dua negara terbabit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China