Cari:
Rundingan Isu Sempadan China-India Kali Ke-20
2017-12-24 14:46:50 CRI Cetak

Rundingan ke-20 wakil khas dari China dan India tentang isu garis sempadan diadakan di New Delhi kelmarin. Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Penasihat Keselamatan Negara India, Ajit Doval bertukar-tukar pendapat tentang hubungan kedua-dua negara, isu garis sempadan serta masalah serantau dan antarabangsa yang diberikan perhatian bersama.

Menurut mereka, hubungan China-India berkembang stabil dengan panduan pemimpin kedua-dua negara. Persamaan jauh lebih banyak berbanding dengan percanggahan pendapat. Kedua-dua negara perlu mempertahankan lima prinsip hidup bersama secara damai, saling menghormati dan memberikan perhatian terhadap kepentingan antara satu sama lain, di samping mengawal percanggahan.

Penyelesaian isu garis sempadan dengan secepat mungkin sesuai dengan kepentingan asas kedua-dua negara. China dan India perlu memperkasakan komunikasi dengan penyelarasan untuk menangani isu tersebut secara tundas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China