Cari:
Dujiangyan, Destinasi Pelancongan yang Manarik
2011-06-28 17:09:35 CRI Cetak

Saya Li Jian, bertugas di Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) sebagai penyunting kanan. Pengembaraan merupakan perkara yang paling menarik saya. Saya sudi berkongsi pengalaman pengembaraan dengan anda menerusi blog saya.

 

Saya seorang yang suka bersiar-siar. Yang paling memikat hati saya ialah destinasi pemandangan alam yang indah dan tinggalan sejarah yang penuh unsur budaya tradisional. Untunglah, China yang begitu luas wilayahnya dan sekian lama sejarahnya telah menyediakan tidak terbilang banyaknya sumber pelancongan sedemikian yang cukup menarik bagi peminat pelancongan.

Sebagai seorang staf media, saya memang sibuk dalam kerja. Namun, saya menggunakan semua peluang untuk mengatur rancangan pelancongan. Kadang kala saya mengikuti pakej pelancongan yang ditawarkan oleh agensi pelancongan atau mengamanahkan agensi pelancongan berdasarkan laluan pelancongan yang saya susun sendiri. Bagaimanapun, saya paling gemar akan bersiar-siar sendirian atau bersama-sama dengan beberapa orang kawan.

Terdapat satu destinasi pelancongan yang begitu menarik sehingga saya telah 4 kali berkunjung ke sana. Tempat itu ialah Dujiangyan di Sichuan, barat daya China.

Dujiangyan merupakan sebuah projek tali air yang bersejarah lama. Ia dibina di Sungai Min di bahagian barat Dataran Chengdu, Sichuan. Sebelum Dujiangyan dibina, bencana air bah sering berlaku di Sungai Min. Pada tahun 256 sebelum Masihi iaitu Zaman Negeri-negeri Berperang, pegawai pentadbir Sichuan yang ditugaskan oleh kerajaan Negeri Qin yang juga pakar tali air Li Bing dan anak lelakinya telah membina projek tali air Dujiangyan ini. Setelah projek tali air itu dibina, Dataran Chengdu menjadi sawah ladang subur yang banyak menghasilkan bahan makanan dan merupakan kawasan pertanian yang terkenal di China. Yang menakjubkan ialah, projek tali air purba yang sudah bersejarah lebih 2 ribu tahun itu sampai sekarang masih digunakan dan memainkan peranan penting dalam mengairi sawah ladang dan menyalirkan air banjir.

Projek Dujiangyan telah memperlihatkan kepandaian rakyat China yang luar biasa pada zaman purba.

Projek Dujiangyan dibina di tempat tengah antara kawasan pergunungan Min yang ketinggiannya purata mencecah 4000 hingga 5000 meter daripada paras laut dan kawasan Lembangan Sichuan yang ketinggiannya hanya 300 hingga 700 meter daripada paras laut. Oleh sebab jarak selisih ketinggian bumi antara kawasan pergunungan dan kawasan lembangan itu begitu besar, sehingga air Sungai Min yang mengalir drastik dari kawasan pergunungan sentiasa mengakibatkan bencana banjir yang hebat kepada kawasan Dataran Chengdu yang terletak di pinggir barat Lembangan Sichuan pada musim tengkujuh setiap tahun.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China