Cari:
Melintasi Padang Rumput Mongolia Dalam
2011-03-17 19:48:23 CRI Cetak

Saya Li Jian, bertugas di Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) sebagai penyunting kanan. Pengembaraan merupakan perkara yang paling menarik saya. Saya sudi berkongsi pengalaman pengembaraan dengan anda menerusi blog saya.

Hanpir setiap tahun saya mengunjungi padang rumput Mongolia Dalam pada beberapa tahun akhir-akhir ini, sebab sudah lama saya terpikat oleh padang rumput yang indah dan luas tidak bertepi itu serta adat istiadat yang unik dari orang etnik Mongol.

Pada hujung Julai tahun 2010, masa yang paling sesuai untuk melawat padang rumput Mongolia Dalam, saya sekali lagi melngunjungi padang rumput itu bersama dengan dua orang kawan dengan memandu FORESTER SUBARU.

Hari itu cerah dan cuacanya cukup baik. Kami bertolak dari Bandar Beijing pada pagi menuju ke arah barat laut dengan menyusuri lebuh raya Badaling, yang juga dikenali lebuh raya Beijing-Tibet. Tiga jam selepas itu, kami mengubah haluan dan menuju Bandar Xilinhot di sebelah utara. Dari situlah kami telah memasuki padang rumput Xilingol yang merupakan salah satu kawasan penggembalaan padang rumput yang terkenal di bahagian tengah Wilayah Autonomi Mongolia Dalam.

Pemandangan di padang rumput berbeza sama sekali dengan pemandangan di kawasan pertanian.

Di padang rumput Mongolia Dalam, tiada sawah dan ladang, tali air, dan kemudahan pertanian lain, malah tiada kampung seperti di kawasan pertanian yang terdiri daripada beratus-ratus keluarga tani. "Kampung" di padang rumput tersebut hanya tempat penetapan yang terdiri daripada satu atau dua keluarga penggembala. Ia kecil dan juga sukar dijumpai. Jarak antara dua buah tempat penetapan di padang rumput biasanya beberapa puluh kilometer.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China