Cari:
Melintasi Padang Rumput Mongolia Dalam
2011-03-17 19:48:23 CRI Cetak

Walaupun jarang terdapat kampung dan manusia, tetapi pemandangan di padang rumput sungguh indah. Padang rumput yang datar dan luas itu seperti permaidani besar yang berwarna hijau, juga ada orang menyifatkannya sebagai laut hijau. Bunga liar yang berwarna-warni bermekaran di sana sini. Kelompokan biri-biri seperti awan putih yang terapung perlahan-lahan. Langit yang jernih dan berwarna kebiru-biruan, cahaya matahari yang cerah, awan yang putih, rumput yang hijau dan bunga yang cantik, kesemua ini membuat kami seolah-olah berada dalam lukisan yang cantik. Kadang kala, kelihatan seorang penggembala etnik Mongol yang menunggang kuda laju memasuki lukisan ini dari tempat yang jauh. Posturnya gagah dan bergaya penuh keistimewaan etnik nomad.

Jalan raya di padang rumput sederhana, tapi jarang ada kereta di sana, kami memandu kereta dengan laju dan leluasa sambil mendengar lagu etnik Mongol dan lagu permainan Rebab Kepala Kuda, sejenis alat muzik etnik Mongol yang mempunyai ukiran kepala kuda di hujung atas rebab dan dapat memainkan lagu etnik Mongol yang merdu, yang dipancarkan oleh alat akustik kereta kami daripada cakera padat yang saya simpan.

Dalam blog saya nanti, saya akan menceritakan terus perjalanan kami di Arshan, sebuah bandar yang terkenal dengan kepelbagaian sumber pelancongan selepas kami melintasi padang runput Xilingol.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China