Cari:
Arshan yang Mempunyai Pelbagai Sumber Pelancongan Menarik
2011-03-25 15:05:42 CRI Cetak

Saya Li Jian, bertugas di Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) sebagai penyunting kanan. Pengembaraan merupakan perkara yang paling menarik saya. Saya sudi berkongsi pengalaman pengembaraan dengan anda menerusi blog saya.

 

Setelah puas menikmati pemandangan indah permai selama dua hari di padang rumput Xilingol, salah satu kawasan penggembala padang rumput yang terkenal di Mongolia Dalam dan China, kami telah mengunjungi Arshan, bandar di sempadan China dengan Mongolia.

Nama lengkap Arshan ialah Halun Arshan, yang bermakna air suci yang panas dalam bahasa Mongol.

Berbeza dengan padang rumput Xilingol yang datar dan luas tidak bertepi, topografi di kawasan Arshan memperlihatkan kepelbagaiannya. Ini telah membentuk kepalbagaian sumber pelancongan di Arshan yang menarik ramai pengunjung China dan luar negeri.

Bandar Arshan mempunyai padang rumput yang indah. Ia terletak di tengah empat padang rumput yang terkenal, iaitu Xilingol, Horqin, Hulun Buir dan Mongolia. Sungai Halaha yang merupakan sempadan China-Mongolia menawarkan pemandangan yang indah permai di kedua belah tepinya.

Di Arshan, kami telah mendaki puncak Gunung Tianchishan yang ketinggiannya 1332 meter daripada paras laut untuk menyaksikan tasik di kawah gunung berapi. Menurut orang tempatan, entah berapa dalamnya tasik itu. Ia seperti sebutir mutiara cantik yang ditatahkan di Banjaran Gunung Khingan Besar. Hutan asli di sana luas. Sumber air panas di sana mengandungi pelbagai mineral dan benda radioaktif yang dapat mengubati bermacam-macam penyakit.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China