Cari:
Arshan yang Mempunyai Pelbagai Sumber Pelancongan Menarik
2011-03-25 15:05:42 CRI Cetak

Di Arshan, kami telah mengunjungi stesen kereta api di pusat bandar yang dibina oleh orang Jepun pada tahun 1937. Ia bukan saja merupakan warisan budaya yang penting, malah terus digunakan sampai sekarang bersama dengan landasan kereta api yang juga dibina oleh orang Jepun pada masa itu.

Kami juga telah melawat beberapa perkubuan yang dibina oleh tentera Jepun pada tahun 1930-an. Perkubuan yang diperbuat daripada konrit tersebut sangat kukuh dan sampai sekarang masih belum rosak. Perkubuan-perkubuan tersebut merupakan bangunan tertutup beberapa tingkat yang mempunyai sistem lengkap yang terdiri daripada markas komando, tempat tidur pegawai dan askar, dapur, bilik makan, bilik mandi, bilik simpan air, bilik simpan senjata, lubang menembak, menara pencerapan, bilik taruh mesin jana elektrik dan lain-lain. Walaupun ia kukuh dan sempurna, tetapi tetap tidak dapat menyelamatkan tentera Jepun daripada kegagalannya pada tahun 1945.

Di Arshan juga terdapat medan perang antara tentera Kesatuan Soviet dan tentera Jepun pada masa Perang Dunia Kedua.

Dalam kempen Nomenhan yang terkenal dalam sejarah Perang Dunia Kedua yang berlaku di sana pada tahun 1939, lebih daripada 200 ribu orang askar, 500 buah meriam, 900 buah kapal terbang pejuang, 1000 buah kereta kebal dan kereta perisai daripada kedua-dua belah pihak telah dikerahkan. Tentara Jepun telah mengalami kegagalan teruk dalam kempen itu. Lebih 60 ribu orang askar tentera kedua-dua pihak terkorban di medan perang yang keluasannya luas tapi jarang terdapat manusia tersebut.

Dalam blog seterusnya, saya akan menceritakan pengalaman saya di Ulanhot untuk memuja Genghis Khan, pahlawan di sanubaruiku selepas perjalanan kami ke Arshan.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China