Puncak gunung di Wulingyuan sangat unik dan adalah jarang terdapat di tempat lain di China dan dunia. Dalam kawasan seluas 360 kilometer persegi, terdapat lebih 3 ribu puncak gunung. Puncak gunung tersebut yang tinggi mencatat 400 meter, manakala yang rendah hanya beberapa puluh meter. Dilihat dari tempat yang jauh, puncak-puncak gunung tersebut menyerupai pelbagai bentuk manusia, dewa, dewi, burung, haiwan dan barang. Ketika cuaca cerah selepas hujan, lautan awan terapung-apung mengelilingi puncak gunung, manakala semasa hujan renyai-renyai, kabus menutupi lurah gunung, pemandangan yang indah permai itu sangat menarik. Itulah sebabnya saya begitu tertarik hati oleh kawasan pemandangan itu.