Di Wulingyuan terdapat beberapa puluh groto kapur. Groto kapur tersebut masing-masing mempunyai keistimewaannya dan digelar sebagai "khazanah pengkajian gua batu kapur". Gua batu kapur itu bukan sahaja menjadi destinasi pelancongan yang menarik, tetapi juga memikat penjelajah yang suka mengembara ke tempat-tempat yang misteri dan menakjubkan. Antara groto kapur tersebut, yang paling terkenal ialah "Groto Huanglong" di Suoxiyu. Huanglong bermakna naga kuning dalam bahasa Mandarin. Groto itu sepanjang 7 kilometer dan mempunyai 4 lapis, pelbagai stalaktit yang bentuknya menyerupai manusia, haiwan dan barang-barang yang berada di dunia telah tidur dalam groto itu selama beratus-ratus juta tahun.