Cari:
Pagoda Kayu Kaunti Ying
2011-05-01 12:36:35 CRI Cetak

Pagoda Kayu Kaunti Ying yang juga dikenali sebagai Pagoda Sakya Kuil Fogong terletak di Kaunti Ying Provinsi Shanxi di bahagian utara China. Pagoda itu mula dibina pada tahun 1056 iaitu pada zaman Dinasti Liao dan masa pembinaannya selama 140 tahun. Pagoda setinggi 70 meter itu dibina di atas dasar setinggi 4 meter, garis tengah tingkat bawahnya sepanjang 30 meter. Pembinaan pagoda itu menggunakan 3000 meter padu kayu pohon cemara merah, kira-kira seberat 300 tan.

Struktur Pagoda Kayu Kaunti Ying merupakan struktur pagoda berbentuk tradisional pada zaman Dinasti Han hingga Dinasti Tang China iaitu pada tahun 206 sebelum Masihi hingga tahun 907 Masihi, reka bentuknya saintifik dan pembinaannya rapi. Pagoda kayu itu berbentuk 8 segi, jika dilihat dari luar, pagoda itu kelihatan 5 tingkat, tetapi struktur dalam pagoda itu ialah 9 tingkat. Setiap tingkat ditongkat oleh 32 batang tiang besar yang terbahagi dalam 2 lingkaran, antaranya 24 batang berdiri di lingkaran luar, manakala 8 batang dipasang di lingkaran dalam. Antara tiang-tiang besar tersebut terdapat banyak kayu kecil yang menongkat tiang-tiang besar tersebut secara condong, setiap tingkat terdapat kayu melintang besar yang dibuat menjadi lingkaran berbentuk 8 segi yang menyambungkan tiang-tiang besar dan kayu penopang secara condong tersebut. Bumbung pagoda kayu itu juga berbentuk 8 segi, mercu pagoda kayu itu terdiri daripada beberapa lingkaran besi bulat yang saling terlipat, api, pasu dan mutiara yang dibuat dengan besi sebagai lambang keagungan agama Buddha untuk disembah oleh penganut agama Buddha.


1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China