Cari:
Pagoda Kayu Kaunti Ying
2011-05-01 12:36:35 CRI Cetak

Saya Li Jian, bertugas di Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) sebagai penyunting kanan. Pengembaraan merupakan perkara yang paling menarik saya. Saya sudi berkongsi pengalaman pengembaraan dengan anda menerusi blog saya.

 

Setelah menyelesaikan kunjungan di Datong, bandar di utara Shanxi yang mempunyai sejarah begitu lama dan banyak tapak peninggalan sejarah yang memperlihatkan budaya tradisional China yang begitu cemerlang, saya meneruskan perjalanan ke Kaunti Ying menyusuri lebih raya Datong-Yuncheng ke arah selatan untuk mengunjungi Pagoda Kayu Kaunti Ying.

Di pelbagai tempat di China terdapat puluhan ribu buah pagoda agama Buddha. Agama Buddha China dikembangkan dari India, tetapi reka bentuk pagoda agama Buddha di China telah memperlihatkan keistimewaan seni bina tradisional China. Pagoda Kayu di Kaunti Ying Provinsi Shanxi China merupakan pagoda agama Buddha yang diperbuat daripada kayu yang paling tinggi dan paling lama yang wujud di China.


1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China