Cari:
Bandar Purba Pingyao
2011-05-13 10:48:39 CRI Cetak

Bandar purba Pingyao mempunyai kedudukan istimewa dalam sejarah kewangan zaman dekat China. Pada tahun 1824, asas bank pertama China Rishengchang ditubuhkan di sana, ia menggunakan keadah draf bank dan telah mengubah cara pembayaran wang tunai. Dengan ini, urus niaga Rishengchang telah diperluas sehingga ke seluruh China dan Jepun, Singapura, Rusia dan negara-negara lain dan menjadi bank terbesar di China pada masa itu. Selepas itu, 22 bank ditubuhkan di Pingyao dan jumlah ini menempati separuh daripada jumlah bank di seluruh China dan bandar purba Pingyao menjadi pusat kewangan China pada masa itu. Semua bank di Pingyao ditubuhkan dan diuruskan dengan menggunakan modal swasta tempatan. Malah sebahagian besar urus niaga kewangan kerajaan Dinasti Qing pun diuruskan oleh bank swasta di Pingyao.

Pada tahun 1997, bandar purba Pingyao disenaraikan sebagai Warisan Dunia.

Kerana bandar purba Pingyao terletak di sektor tengah lebuh raya utama dari utara ke selatan di provinsi itu, maka saya mungkin akan mengunjunginya pula ketika saya melawat lagi provinsi itu nanti.


1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China