Cari:
Kaifeng, Bandar Purba yang Menarik
2011-05-27 19:54:43 CRI Cetak

Jika disebut kebudayaan tradisional yang berkaitan dengan Kaifeng, Lukisan Pesta Shanghe Qingming (Cembeng) merupakan lukisan yang paling masyhur baik di dalam negeri ataupun di seberang laut. Lukisan yang dihasilkan oleh Zhang Zeduan, pelukis terkenal pada Dinasti Song ini, menggambarkan kemeriahan dalam Pesta Shanghe di Kaifeng pada Hari Qingming yang jatuh pada musim bunga. Dalam lukisan yang panjangnya 528 sentimeter ini, Zhang Zeduan telah melukiskan pemandangan di luar bandar, pemandangan di kawasan kedua tebing Sungai Bian di bandar itu dan pelbagai aktiviti yang berlangsung di bandar itu semasa Pesta Shanghe diadakan pada Hari Qingming. Sebanyak 814 figura manusia, lebih 60 ekor binatang, lebih 30 buah bangunan dan lebih 20 buah kapal telah dilukis dalam lukisan ini. Teknik melukis Zhang Zeduan amat tinggi, dan susunan lukisannya sangat rapi dan munasabah. Lukisan ini merupakan khazanah budaya China yang tidak ternilai harganya. Sekarang, likisan ini disimpan di Muzium Kota Larangan Beijing.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China