Cari:
Kaifeng, Bandar Purba yang Menarik
2011-05-27 19:54:43 CRI Cetak

Di Bandar Kaifeng terdapat beberapa banyak tapak peninggalan sejarah dan destinasi pelancongan yang terkenal. Pagoda Besi yang dibina pada tahun 1049 merupakan sebuah pagoda 13 tingkat dan 8 segi yang diperbuat dari bata berglaze berwarna perang kehitam-hitaman. Tingginya lebih daripada 55 meter. Taman Pesta Shanghe semasa Qingming telah mengembalikan semula pemandangan, bangunan, figura, pelbagai aktiviti dan kemeriahan Pesta Shanghe Qingming pada zaman yang silam berdasarkan Lukisan Pesta Shanghe Qingming yang dilukis oleh Zhang Zeduan. Para pelancong boleh bersiar-siar dalam taman ini dengan memakai pakaian zaman Dinasti Song, menggunakan mata wang Dinasti Song dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti perayaan yang diadakan dalam taman ini untuk menghayati kehidupan dan adat resam pada zaman itu. Selain itu, Rumah Hulubalang Keluarga Yang, Bangunan Kerajaan Kaifeng pada zaman Dinasti Song, Bangunan Pejabat Bao Zheng, Koleksi Batu Bersurat di Taman Han dan lain-lain juga merupakan tapak peninggalan sejarah dan destinasi pelancongan yang menarik di Bandar Kaifeng.


1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China