Cari:
Abdul Ghani Abu: Islam Teguh Di Tengah-tengah Pemodenan Beijing
2011-11-10 12:43:32 CRI Cetak


Bersama-sama Ibu Alvin (Metro TV) dan Abang Muawin (RTM)

Usai menziarah kawasan Changying, penulis dan rombongan dibawa oleh Andika dari CRI menuju pusat pembuatan sutera asli, Beijing Dizhen Silk Products Co. Ltd. Di sini penulis diberikan penerangan proses menghasilkan sutera dan diperkenalkan dengan pelbagai produk asli sutera daripada pakaian hinggalah keperluan rumah seperti kusyen, alas meja dan cadar. Maka, tidak hairanlah pusat ini menjadi kunjungan ramai pelancong.


Di hadapan Silk Street

Jalan-jalan perut pun terasa lapar. Penulis dan rombongan dibawa menikmati hidangan tengah hari di restoran muslim. Sungguh enak hidangannya. Apabila keluar baru penulis perasan di pintu gerbang terdapat kad-kad nama dan wang kertas yang ditampal dari pelbagai negara termasuk Malaysia. Apalagi penulis pun mengambil gam dan menampal kad nama penulis.

Silk Street, nama yang tidak dapat dipisahkan kepada pengunjung luar negara yang berkunjung ke Beijing. Bangunan yang menempatkan ratusan malahan ribuan pada tanggapan penulis kerana dari tingkat satu hingga tingkat enam, dipenuhi dengan kedai-kedai jualan pelbagai barangan termasuk pakaian, beg, kasut, perhiasan dan bermacam-macam lagi. Tempoh dua jam setengah tidak cukup kepada teman-teman wartawan khususnya yang wanita untuk membeli-belah di sini. Pendek kata Silk Street syurga membeli-belah dan memberikan kepuasan kepada mereka yang pandai tawar-menawar!


Di hadapan hotel penginapan CRI Media Center

Selepas membeli-belah, Andika membawa kami makan malam pula. Tidak susah mendapatkan makanan halal di China. Apatah lagi terasa gembira kerana ada juga orang Malaysia yang datang makan di tempat yang sama.

Esok, tinggal dua hari sahaja lagi berada di China. Terasa pantas masa berlalu. Penulis berbisik kepada Fairuz, wartawan dari RTM, 'Aku teringatlah pada keindahan Kashgar!' Begitulah kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang. Destinasi esok, akan ke Tembok Besar China dan Kota Larangan. China... penulis datang dan penulis pergi.

Bersambung ...

(Abdul Ghani Abu, editor Dewan Siswa DBP)


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China