Cari:
Abdul Ghani Abu: Keajaiban Dunia Kesinambungan Tamadun
2011-11-11 08:40:43 CRI Cetak


Pengunjung semangat mendaki Tembok Besar

Selepas makan tengah hari, penulis dan rombongan dibawa melawat Tembok Besar China. Wah sungguh menakjubkan lagi! Pastinya penulis rasa bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki ke salah satu daripada tujuh keajaiban dunia! Tembok yang panjangnya 5800 kilometer dan mengambil masa sehingga 1500 tahun pembinaannya, menjadi saksi penulis berbaju Melayu di salah satu puncak tembok ini. Pandangannya sungguh indah, gunung-ganang melatari tembok ini. Yang pasti, kesungguhan dan kegigihan masyarakat China dahulu kala membina tembok ini dengan kesatuan hati taat setia kepada maharaja menjadi legasi keagungan sejarah yang tiada tolok bandingnya. Di benak penulis terfikir dan cuba berilusi, masyarakat dahulu membawa batuan mendaki bukit dan gunung membina tembok ini. Sekurang-kurangnya harga pengorbanan mereka terbayar, apabila hari ini tembok ini menjadi lambang kebanggaan masyarakat China seantero dunia! Tiada siapa yang dapat menafikannya! Maka benarlah kata pujangga, hidup ini perlukan pengorbanan, walau kita tidak merasai manisnya hasil pengprbanan, namun kita meminjam kehidupan ini daripada hak anak cucu kita masa hadapan!


Berbaju Melayu di Tembok Besar China

Kaki penulis terasa lenguh juga mendaki! Namun apalah sangat hendak dikira jika difikirkan bilakah lagi penulis dapat ke sini lagi! Perjalanan Kembara Muslim sampai ke kemuncaknya apabila berkunjung ke kedua-dua destinasi ini. Islam berkembang seiring kemuncak tamadun China. Legasinya kekal sehingga hari ini, Islam terus mekar di China. Seteguh Tembok China dan semegah Kota Larangan.


Berlatarbelakang pemandangan tembok besar melingkari gunung-ganang

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China