Cari:
Abdul Ghani Abu: Keajaiban Dunia Kesinambungan Tamadun
2011-11-11 08:40:43 CRI Cetak


Di hadapan Panggung Teater Kebangsaan (Telur Burung), Beijing

Malam ini penulis dan rombongan diraikan CRI dalam satu majlis makan malam di restoran Muslim terbesar di Beijing. Rasa terharu di hati untuk meninggalkan bumi China esok hari. Penulis titipkan rasa hati penulis dalam pantun berikut:

Dari Malaysia ke Republik China,
Tun Razak menjalin cerita;
Apabila Penerbangan MAS mendarat tiba,
Lihat Puspa dan Satria hatiku gembira.

70 tahun CRI kumandang di udara,
Bahasa Melayu iringi bersama;
Kembara Muslim pengikat saudara,
Antara China dengan Malaysia.

Kashgar Xinjiang mencoret memori,
Katreya gadis Uygur cantik berseri;
Sinar Islam terus bersemi,
Laluan sutera penghubung silaturrahmi.

Terbang ke Ningxia membawa cerita,
Cucu Hang Tuah bertemu Laksamana Cheng Ho;
Aidiladha disambut ceria,
Bersama etnik Hui saya jatuh cinta wo...

Pulang ke Beijing lain cerita,
Silk Street bikin saya jadi gila;
Kota Larangan dan Tembok Besar China,
Menjadi pelengkap siri kembara.

Buat bapak hero, bapak Syuqun, Lina, Puspa dan Satria,
Budi kalian sungguh berharga;
Buat Puan Awan dan CRI juga,
Hanya Tuhan membalas budi segala.

Yang datang pastikan pergi,
Pengalaman Kembara Muslim takkan ku lupai;
Kan ku coret segala isi hati,
Buat pembaca Malaysia bersama menghayati.

Esok (Jumaat), jam 4.10 minit petang Penerbangan MAS akan membawa penulis dan rombongan dari Malaysia pulang ke tanah air. Wartawan dari Indonesia akan kembali ke Jakarta seawall 5.00 pagi esok. Begitulah Kembara Muslim 2011 mempertemukan kami wartawan Malaysia dan Indonesia mengenali budaya Muslim di China secara langsung. Moga pertemuan ini menjadi lembaran baharu kerjasama media antara CRI dengan Malaysia, khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Khususnya memperkenalkan budaya Muslim di China di khalayak mata penduduk Malaysia.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

Sekian.

(Abdul Ghani Abu, editor Dewan Siswa DBP)


1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China