Erbujiang.Anbudulah, "Raja Kacang Soya" di Dabancheng, XinjiangErbujiang.Anbudulah, Ketua Pengarah Syarikat Perniagaan Gadis Dabancheng Urumqi, Xinjiang merupakan seorang usahawan etnik Uygur yang terkenal. Beliau pernah dianugerahkan hadiah sebagai salah seorang daripada 10 Pemuda yang Cemerlang di Xinjiang tahun 2007. |
Haji Sabarudin Chen Guangyuan, Presiden Persatuan Islam China(II)Selain berusaha gigih untuk menjalankan tugasnya sebagai Naib Pengerusi Persatuan Islam Beijing, Sabarudin juga giat menghasilkan buku-buku mengenai agama Islam termasuk "Ilmu-Ilmu Asas Mengenai Agama Islam", "Seratus Soal Jawab Mengenai Ilmu-Ilmu Al-Quran", dan "Kamus Ringkas Islam". |
Haji Sabarudin Chen Guangyuan, Presiden Persatuan Islam China(I)Sabarudin Chen Guangyuan dilahirkan pada Ogos 1932 di sebuah kampung Islam di kaunti Wenan, provinsi Hebei iaitu 120 Kilometer ke selatan bandar Beijing. Sabarudin Chen Guangyuan tertarik dengan ilmu-ilmu agama Islam yang amat mendalam. Beliau rajin mengikuti pelajaran dan berazam untuk menjadi imam yang cemerlang pada satu masa nanti. |
Haji Salleh An Shiwei, Imam Terkenal di ChinaSalleh An Shiwei dilahirkan di sebuah keluarga daripada keturunan etnik Hui di Baoding, provinsi Hebei China pada 15 April 1919. Ketika usianya 9 tahun, beliau telah mula mengikuti pengajian bahasa Arab dan al-Quran dengan imam Li Wenhan di Masjid Besar Baoding. |
Abddul Rahman Na Zhong, Tokoh Islam yang Terkenal di ChinaProfesor Abddul Rahman Na Zhong yang berketurunan etnik Hui dilahirkan di Pekan Nagu Kaunti Tonghai Provinsi Yunnan China pada bulan Februari tahun 1910. Beliau merupakan pakar sejarah Arab, ahli pendidikan bahasa Arab dan ulama terkenal di China. |
Salleh Wang Shexing,Tokoh Terkenal Dalam Bidang Kebajikan MasyarakatSalleh Wang Shexing dilahirkan pada tahun 1921 dalam sebuah keluarga yang kuat berpegang kepada ajaran Islam secara turun-temurun di provinsi Jiangsu. Empat generasi nenek moyangnya berkhidmat sebagai imam di masjid Suzhou. Sejak kecil lagi, beliau amat mematuhi ajaran Islam. |
Haji. Yakob Wang Jingzhai, Imam yang Terkemuka di ChinaHaji Yakob. Wang Jingzhai merupakan sarjana Islam dan Penterjemah yang terkenal. Beliau salah seorang daripada 4 imam yang paling terkemuka di China. Beliau dilahirkan pada tahun 1879 dalam sebuah keluarga etnik Hui yang berkhidmat sebagai imam secara turun-temurun, tinggal berhampiran dengan Masjid Utara bandar Tianjin. |
Haji. Ibrahim Ma Tianying, Utusan Persahabatan Islam China-MalaysiaHaji. Ibrahim Ma Tianying, berasal dari sebuah keluarga Islam di kawasan Linqing, provinsi Shandong China. Ketika tentera penceroboh Jepun menyerbu Shanghai pada tahun 1937, beliau mengetuai Persatuan Islam Xiaoshadu Shanghai berusaha mengumpulkan wang derma bagi mewujudkan pusat pelarian Islam. |
Dawuti•Aximu, Tokoh yang Berusaha Menjalankan Pembangunan Semula Pasca Bencana Gempa Bumi di XinjiangPada 24 Februari 2003, gempa bumi yang teruk melanda kawasan Bachu dan Jiashi di Xinjiang. Kampung Dawuti•Aximu juga mengalami kerosakan teruk dan kehilangan nyawa yang besar dalam bencana ini. 5 anggota keluarganya mati manakala 4 lagi cedera. |
Yasen Rouzi, Tokoh yang Berusaha Menghijaukan Alam Sekitar di XinjiangPada awal bulan April 2009, ketika musim bunga baru bermula, pemandangan di kawasan perumahan nombor ke-56 Zon Penerokaan Bandar Shihezi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang sungguh indah. Pemandangan yang begitu indah ini diusahakan oleh Yasen Rouzi, pemenang Hadiah Penghijauan Kebangsaan. |
Muhamad Yusuf Chen Kun, Penulis Khat China yang TerkemukaMuhamad Yusuf Chen Kun,penulis khat yang terkenal di China. Beliau dilahirkan di Kaunti Autonomi Etnik Dongxiang Provinsi Gansu pada tahun 1966. Setelah tamat dari Institut Al-Quran Lanzhou, Gansu pada tahun 1989, beliau melanjutkan pengajiannya ke Universiti Islam Antarabangsa Pakistan. |
Zhang Quanliang, Ahli Wusyu Etnik Hui yang Terkemuka (2)Pada tahun 1985, Zhang Quanliang mula mengikuti pelajaran dengan Wang Peisheng, ahli silat Taijiquan kumpulan Wushi yang terkenal dan menjadi pewaris generasi ke-4 bagi silat tersebut. Beliau rajin belajar dalam tempoh beberapa puluh tahun yang lalu dan mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang tersebut. |
Zhang Quanliang, Ahli Wusyu Etnik Hui yang Terkemuka (I)Zhang Quanliang, ahli Wusyu etnik Hui yang terkenal di China. Beliau dilahirkan di kampung Cuizhihuiying, sebuah kampung Islam di pekan Yufa, distrik Daxing Beijing pada bulan Oktober 1941. Beliau menerima pendidikan awal di masjid ketika masih kecil. Ketika umurnya 10 tahun, beliau mula belajar tentang pelbagai jenis silat Wusyu. |
Ma Xinlan, Tokoh Pendidikan yang Berusaha Menyediakan Pendidikan untuk Kanak-Kanak Perempuan Etnik Hui di NingxiaDalam Forum Kanak-Kanak Wanita Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perhimpunan Wanita Dunia ke-4 yang diadakan di Beijing pada tahun 1995, Ma Xinlan, seorang tokoh pendidikan dari kaunti Tongxin, Wilayah Autonomi Hui Ningxia telah menerangkan mengenai keadaan pendidikan kanak-kanak etnik Hui di kawasan tersebut. |
Alfa, Penyanyi Kanak-Kanak Uygur yang TerkenalChina melahirkan ramai bintang kanak-kanak yang terkenal pada pelbagai zaman. Mereka sangat berbakat dan persembahan mereka mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat. Pada masa sekarang, terdapat salah seorang daripadanya, Alfa, kanak-kanak etnik Uygur dari Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. |
Tie Zhaoyi, Pengelola Kedai Daging Halal yang Berkhidmat untuk RakyatPada 6 April 2008, pelbagai media massa di Hohhot, ibu kota Wilayah Autonomi Mongolia Dalam menyiarkan berita tentang kembalinya ke Ralmatullah Tie Zhaoyi, seorang peniaga daging halal dalam usia 88 tahun. Berita tersebut mengejutkan penduduk di bandar itu. |
Zhao Fuchao, Penyanyi "Huaer" yang TersohorZhao Fuchao, 58 tahun amat meminati kesenian "Huaer". Minat yang mendalam menjadikan beliau berazam untuk mengumpulkan sebanyak 365 buah lagu "Huaer" agar dapat diyanyikan sebuah lagu pada setiap hari dalam sepanjang tahun. |
Ma Zhiying yang Berusaha Membantu 125 Orang Kanak-Kanak Perempuan Meneruskan PersekolahanMa Zhiying, ialah seorang penduduk etnik Hui di kampung Sapu kaunti Haiyuan, Wilayah Autonomi Hui Ningxia. Beliau seorang yang istimewa. Walaupun sudah dua kali menjadi penganggur dan tiga kali menjalani pembedahan, tetapi beliau berusaha gigih membantu 125 orang kanak-kanak perempuan untuk bersekolah dalam tempoh lebih 10 tahun lalu. |
Imam Da Pusheng yang Berusaha Menentang Pencerobohan Tentera Jepun(II)Pada 20 Januari 1938, Mohd Da Pusheng ke Mesir. Pada masa itu, Mesir sedang merayakan majlis perkahwinan putera mahkota di Kaherah dan dihadiri oleh pemimpin pelbagai negara Arab. Ini memberi peluang kepada beliau untuk memaklumkan kepada lebih ramai pemimpin keadaan perang rakyat China menentang penceroboh Jepun. |
Imam Da Pusheng yang Berusaha Menentang Pencerobohan Tentera Jepun(I)Mohamad Da Pusheng, seorang imam yang berwibawa dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang pengajian Islam. Beliau merupakan salah seorang daripada 4 imam yang paling terkenal di China pada zaman moden. |
| Webradio | ||||
|
|
||||
| Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
|
||||
| Jadual Siaran |
| Menarik |
![]() Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
![]() Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
| Lagi>> |