Cari:
• Rouxianguli•Aimar, Pekerja Penyelenggara Lebuh Raya Xinjiang yang Cemerlang
Rouxianguli•Aimar, 40 tahun seorang pekerja penyelenggara yang dedikasi. Beliau telah menjalankan tugas itu di kawasan Aqsu, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang selama 17 tahun. Tugas tersebut merupakan tugas yang amat berat apalah lagi bagi seorang wanita seperti Rouxianguli•Aimar.
• Suo Jiaying, Gadis Etnik Hui Ningxia yang Cemerlang
Suo Jiaying baru berusia 10 tahun tetapi telah menunjukkan tanda-tanda sebagai pelajar yang cemerlang.
Gadis etnik Hui ini yang belajar di Sekolah Rendah Ke-21 Bandar Yinchuan, ibu kota Wilayah Autonomi Hui Ningxia, mendahului rakan-rakan seusianya cemerlang dalam pelbagai bidang.
• Zamarudin Bai Shouyi, Sarjana Islam Tersohor di China(2)
Zamarudin Bai Shouyi bercita-cita menyunting buku sejarah China yang menyeluruh. Beliau menyunting "Sari Pati Sejarah Umum China" dan "Karya Lanjutan Sari Pati Sejarah Umum China". Kedua-dua karya tersebut diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Perancis, Jepun dan Sepanyol dan diedarkan ke seluruh dunia.
• Zamarudin Bai Shouyi, Sarjana Islam Tersohor di China(1)

Profesor Zamarudin Bai Shouyi merupakan sarjana yang terkenal dalam bidang pengajian sejarah, pendidikan, sosial dan sejarah etnik Hui. Kejayaan beliau merupakan kebanggaan bagi golongan Islam di China.

• Shakeer•Yunus, Ahli Sulam-Menyulam yang Tersohor di Xinjiang
Teknik sulam-menyulam Etnik Uygur di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China diwarisi turun temurun sejak lebih seribu tahun oleh kaum wanitanya. Mereka amat mahir menghasilkan sulaman yang pelbagai dan cantik.
• Supi•Remhan•Yusuf, "Ibu Penyayang" Uygur Xinjiang (1)
Supi•Remhan•Yusuf, 69 tahun menyandang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Ibu Penyayang Hetian Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Beliau juga pernah menyandang jawatan Pengerusi Persatuan Wanita Hetian.
• Gan Lianfang, Usahawan Islam yang Cemerlang
Gan Lianfang merupakan usahawan Islam yang tersohor di China. Beliau yang menyandang jawatan sebagai pengerusi lembaga pengarah merangkap ketua pengurus dalam Kumpulan Star Beijing, pernah dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China dan wakil Kongres Rakyat bandar Beijing.
• Ma Chaogao, Usahawan Islam China yang Cemerlang
Ma Chaogao,seorang usahawan Islam yang cemerlang di China. Dilahirkan dalam sebuah keluarga Islam di Provinsi Yunnan China pada 17 September tahun 1963, beliau kini menyandang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Pengangkutan Maoyun Wenshan Yunnan Sdn.Bhd.
• Ma Qicheng, Pakar Islam Terkenal di China
Ma Qicheng merupakan pakar mengenai etnik beragama Islam yang terkenal di China. Beliau pernah menyandang jawatan Profesor, Ketua Fakulti Etnologi dan Naib Ketua Pengarah Institut Etnologi Universiti Etnik Pusat China serta Naib Pengerusi Persatuan Pengajian Etnik Hui China.
• Tuerdi Yiming, Pelukis Etnik Uygur yang Tersohor
Tuerdi Yiming, yang menghasilkan lukisan itu merupakan satu-satunya pelukis etnik Uygur yang mencapai kejayaan luar biasa dalam bidang lukisan tradisional di Xinjiang. Beliau amat mahir menggambarkan pada lukisannya, kehidupan dan adat resam penduduk etnik-etnik yang beragama Islam lain di Xinjiang seperti Tajik, Kirgiz dan Kazak.
• Liu Xiyan, Usahawan Muslimah yang Cemerlang di China
Dalam Persidangan Kongres Wanita Kebangsaan China Ke-10 yang diadakan di Beijing pada bulan Oktober tahun lalu, pengusaha Syarikat Makanan Halal Fangshangren Shaanxi, Liu Xiyan mendapat perhatian istimewa para peserta.
• Profesor Ma Jian, Pensyarah Pendidikan Bahasa Arab Terkenal di China.
Profesor Ma Jian menyatakan, "pendidikan di masjid" di China hanya mementingkan pendidikan agama dan meminggirkan pendidikan bidang lain. Penuntut di sekolah agama hanya belajar bahasa Arab dan tidak belajar bahasa Mandarin, lalu cara pendidikan tersebut mempunyai beberapa kekurangan.
• Imam Zhao Li Berusaha Menyelamat Kanak-Kanak yang Terjatuh dalam Kolam Tanpa Menghirau Keselamatan Diri
Imam Zhao Li dilahirkan dalam sebuah keluarga etnik Hui di bandar Huainan, Provinsi Anhui. Ayahnya seorang penganut Islam yang warak. Hasil didikan agama ayahnya, Zhao Li yang masih kecil berazam untuk menjadi seorang imam yang cemerlang.
• Ma Fuxing, Guru Kurang Upaya Etnik Hui di Provinsi Qinghai
Di sekitar kita, ada sekelompok orang yang berusaha sedaya upaya sepanjang hayat untuk menjalani kehidupan yang bahagia, mereka bukan sahaja menikmati kehidupan itu bahkan memberi sumbangan kepada masyarakat, walaupun mereka cacat anggota. Kita akan sama-sama mengenali Ma Fuxing, seorang tokoh Muslim yang baik budi pekertinya semasa bertugas sebagai seorang guru di provinsi Qinghai.
• Ma Furong, Penulis Seni Khat Islam yang Tersohor
Ma Furong merupakan penulis seni khat Islam yang tersohor di China. Pada bulan September tahun 2008, lima karya seni khatnya termasuk "Allahuakbar", "Bismillahirrahmanirrahim"dipamerkan dalam Pameran Pedagang Islam Ningxia.
• Wu Zhihong, Tukang Masak Islam yang Terkenal di China
Pada 17 Julai 2005, suasana di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) Kuala Lumpur Malaysia sangat meriah dengan berlangsungnya pertandingan memasak peringkat antarabangsa.Wu Zhihong, tukang masak Islam China yang agak muda telah diisytiharkan sebagai juara dan memperoleh pingat emas dalam pertandingan itu.
• Tian Lindong, Pengusaha Restoran Makanan Laut Halal yang Berjaya
Restoran Makanan Laut Dongyu yang dibuka pada 3 Oktober 2007 merupakan restoran makanan laut halal yang pertama di Wilayah Autonomi Hui Ningxia. Sejak dibuka, restoran itu mendapat sambutan baik daripada penduduk di wilayah itu dan selalu penuh dengan pelanggan pada hujung minggu.
• Jasa Wang Youde Mencegah Tanah Menjadi Pasir Dikenang Negara
Wang Youde merupakan tokoh Islam yang berjasa dalam bidang perlindungan alam sekitar di Wilayah Autonomi Hui Ningxia. Beliau menghabiskan sebahagian hidupnya memelihara kesuburan tanah dengan menanam pokok di kawasan seluas lebih 20 ribu hektar.
• Imam Muhamad Wang Naiwen Giat Kembangkan Agama Islam di China
Imam Wang Naiwen dilahirkan dalam sebuah keluarga Islam yang taat di Provinsi Anhui China pada 12 Ogos tahun 1926. Datuk beliau menyandang jawatan imam di kampungnya, manakala ibu bapanya merupakan penganut Islam yang warak.
• Hj. Ma Fuchu, Sarjana Islam yang terkenal di China

Ma Fuchu berasal dari Dali,Provinsi Yunnan China. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang warak yang mengamalkan cara hidup Islam sejak turun-temurun. Semenjak kecil lagi, Ma Fuchu sangat rajin mempelajari ajaran Islam serta bahasa Arab dan Parsi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China