Cari:
Sanggupkah Menderma Organ Setelah Meninggal Dunia?
2011-05-13 14:58:53 CRI Cetak

Kementerian Kesihatan China baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk melaksanakan satu sistem pendaftaran kesediaan menderma organ bagi pemohon-pemohon lesen memandu. Sistem ini dijangka akan dilaksanakan di China menjelang penghujung tahun ini. Selain itu, katanya satu sistem pentadbiran pusat bagi pendermaan organ tubuh badan di China akan ditubuhkan bulan September ini.

Masalah kekurangan organ amat ketara di China sekarang ini. Menurut statistik, kini kira-kira 1.5 juta orang pesakit memerlukan pembedahan pemindahan organ di seluruh negara pada setiap tahun. Namun, hanya 10 ribu orang pesakit sahaja yang dapat menjalani pembedahan tersebut.

Dalam kepercayaan orang China, seluruh tubuh badan kita, termasuklah rambut, diwarisi daripada ibubapa. Jadi kalau diubah atau dicacatkan walau sedikit sahaja pun sudah kurang hormat. Tambahan lagi ada pula kepercayaan lama di mana tubuh badan mestilah kekal sempurna sesudah meninggal dunia. Konsep-konsep ini sudah sedikit sebanyak mempengaruhi orang China dalam membuat keputusan untuk menderma organ setelah meninggal dunia.

Ada yang berpendapat, bagi mereka yang meninggal dunia bukan akibat sebarang penyakit, organnya yang sihat dan masih berfungsi patutlah diberikan kepada pesakit yang masih mempunyai harapan untuk terus hidup setelah pemindahan organ. Namun, disebabkan belum terlaksananya sistem pendermaan organ yang teratur, sumber organ terbazir dengan jumlah yang besar.

Menurut pakar berkenaan, kadar pendermaan organ yang rendah bukan menandakan orang China kekurangan perasaan simpati, tetapi syarat-syarat untuk menderma organ setelah meninggal dunia masih belum mantap.

Undang-undang Sepanyol menetapkan bahawa sekiranya tiada permohonan bertulis tidak ingin menderma organ, warganya dianggap sudah bersetuju untuk menderma organ setelah meninggal dunia. Undang-undang begini juga dapat dilihat di kebanyakan negara Eropah yang lain.

Warga A.S. pula ketika memohon lesen memandu mesti menandatangani perjanjian sama ada sudi menderma tubuh badan setelah meninggal dunia. Sekiranya pemandu itu bersetuju dan kemudiannya meninggal dunia dalam nahas jalan raya, organnya akan dipindahkan tanpa perlu menunggu persetujuan ahli keluarganya.

Bagaimana pula keadaannya di negara anda sendiri? Apakah pandangan saudara mengenai pendermaan organ atau tubuh badan setelah meninggal dunia?

Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Suara Sutera" pada 18 Mei nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

Lihat juga
Pandangan Anda?
v Pandangan Anda Mengenai "Menonton Wayang" 2011-05-06 15:21:20
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China