Cari:
Noriani: Lawatan ke Perkampungan Etnik Miao Nanhua
2011-05-24 09:09:52 CRI Cetak

Suatu perjalanan Oleh Noriani Mohd Idris 23 Mei 2011

Semangat Guizhou bergema dalam Majlis Pelancaran Program Wartawan Etnik Mendekati Sukan Etnik Minoriti di Guiyang sebagai permulaan promosi Sukan yang bakal berlangsung pada 10 September depan. Persembahan mendekati kita dengan budaya sebuah bangsa yang sentiasa mengapai kegemilangan dan kecemerlangan diri dalam apa jua walaupun dalam bidang sukan dan seni. Persembahan juga menyentuh salah satu acara sukan iaitu bulu tangkis.


(Persembahan tentang acara bulu tangkis)

Dalam kalangan minoriti ini juga, pertemuan amat bermakna bagi wartawan yang beragama Islam daripada etnik Hui dari Provinsi Jiangxi, Provinsi Qinghai, Provinsi Gansu, Wilayah Autonomi Hui Ningxia dan etnik Uygur dari Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Betapa kecilnya dunia ini. Kami tersentuh dalam satu semangat kekitaan yang jitu.


(Bergambar sama dengan wartawan yang beragama Islam, selain Kesuma di tengah-tengah yang bertugas sebagai penterjemah Noriani)

Tidak keterlaluan dikatakan Guizhou juga menjadi suatu "escapism" bagi golongan etnik minoriti di China kerana di sini terdapat perkampungan 49 kaum minoriti daripada 56 kesemuanya di China. Paling ramai etnik Miao yang penempatannya kira-kira satu jam setengah dari Bandar Guiyang. Untuk ke perkampungan ini, kiranya anda terpaksa melalui lebih 10 terowong yang baru dibina dengan kiri kanan jalan dikelililingi dengan gunung ganang.

Sambutan masyarakat Miao kepada tetamu penuh tradisi, pemberian air tuak yang dihasilkan daripada beras. Pantang bagi masyarakat ini kalau menolak pemberian tetapi mereka memahami jika kita daripada masyarakat Islam. Pakaian dan adat resam kaum Miao masih kekal utuh dan diperturunkan kepada orang muda masyarakat ini melalui wasiat yang disampaikan secara lisan. Persembahan untuk tetamu dipermodenkan dengan gabungan tarian tradisional dan alat muzik yang diwarisi dari turun temurun.


(Tarian tradisi yang digabungkan antara versi lama dan baharu)


(Tarian tradisi yang digabungkan antara versi lama dan baharu)

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China