China yang harmoni dan Guichou yang menawan
Suatu perjalanan …. Noriani Mohd Idris (27 Mei 2011)
Setiap bermula, pasti berakhir…
Selama seminggu, saya telah melalui satu pengembaraan penuh misteri, menyelusuri zaman kegemilangan Dinasti Ming dan Qing serta mengenali budaya bangsa kaum minoriti terbanyak di Guizhou. Itulah kesimpulan pakej lawatan ke sini.
Sebelum saya menyelebungi perasaan saudara dengan misteri yang ditemui di Guizhou ini, dikatakan di Air Terjun Huangguoshu, ada sesuatu yang perlu disentuh, ada yang disentuh akan jadi miang.
Ini akar jalinan kasih yang tumbuh dicelah-celah batu di Gunung dan sebelum menaiki ke puncak Air Terjun Huangguashu, anda pasti akan mnemuinya. Tidak terlalu besar tetapi dikatakan dari satu, ia bertemu dengan akar yang lain dan tersimpul menjadi satu dengan ikatan yang kukuh. Mana-mana pasangan suami isteri yang memegang akar ini dipercayai akan kekal bahagia sepanjang hayat. Ikatan itu akan menghindar daripada perceraian yang semakin kerap berlaku sekarang. Tetapi dilarang kepada mereka yang belum berkahwin.
(Gambar: Akar pengikat kasih untuk kebahagiaan rumahtangga)
Semasa melalui kawasan ke Air Terjun Huangguoshu, anda juga akan melalui kawasan terowong semula jadi dan air sungai bawah tanah. Dipermukaannya, seperti batu untuk menapak, ditanda dengan tarikh mengikut kalendar.
(Gambar: Hari lahir yang sama dengan Perdana Menteri Wen Jiabao)