(Gambar: Laluan sempit ini untuk menguji mereka yang berbadan besar)
Ada satu lagi laluan yang pasti ditemui, tetapi mereka yang berbadan besar, harus bertekad untuk menguruskan badan selepas melalui laluan ini..
Ini pokok di Taman Botani di lembah Gunung Air Terjun Huangguoshu. Dikatakan, jika menyentuh pokoknya, daunnya akan bergoyang. Itulah yang dinyatakan oleh sekumpulan pelancong kepada saya. Memang mianglah pokok ini!
(Gambar: Pokok yang dikatakan Miang di Air Terjun Huangguoshu)
Saya tinggalkan Guizhou dengan lakaran semula jadi dari Air Terjun Huangguashuo yang penuh misteri. Kata kuncinya ialah kelibat 2 wanita yang dianggap pari-pari di hutan ini. Mungkin ada hadiah untuk mereka yang teka dengan betul tapi itu kena tanya Puan Wen-wen! Apa-apa pun selamat meneka!
(Gambar: Pari-pari hutan yang pemalu)