Walaupun mungkin kita tidak faham lirik sesebuah lagu disebabkan bahasanya, tetapi kita masih dapat merasai dan menghayati perasaan yang terkandung dalam lagu itu melalui iramanya. Jadi, tidak hairanlah muzik dianggap bahasa sejagat.
Mendengar muzik dalam bahasa Mandarin ialah "Ting Yin Yue". "Ting", "mendengar", manakala "Yin Yue" bermaksud muzik.
Mendengar lagu pula kita boleh kata "Ting Ge Qu". "Ting Ge" pun boleh sekiranya dalam bahasa lisan.
Muzik atau lagu ada macam-macam jenis. Antaranya pop, rock, R&B, Blue, Jazz dan lain-lain. Bagi mereka yang ingin mengurangkan tekanan kerja, mendengar muzik antara cara terbaik. Ketika kita mendengar muzik, macam-macam gambaran yang akan terbayang dalam kepala kita. Adakalanya irama muzik juga mampu mengubah emosi kita. Apakah jenis muzik anda lebih suka dan apa sebabnya?
Mendengar lagu satu bentuk hiburan popular. Cara mendengar juga sudah banyak berubah mengikut zaman. Dahulunya piring hitam, kemudian pita rakaman, kemudian pula cakera padat. Sudah lama industri muzik terpaksa hadapi pelbagai cabaran, kini terpaksa pula bersaing dengan internet, termasuklah muat turun atau mendengar lagu terus di laman web. Setiap cara mendengar muzik tersebut ada kebaikan dan kelemahan masing-masing. Cara yang mana lebih anda suka untuk mendengar lagu?
Kalau sebut tentang lagu, jangan lupa ada antara kita yang suka menyanyi. Karaoke yang asalnya dari Jepun kini juga mendapat sambutan hangat di China, terutamanya bagi golongan muda. Mereka selalu pergi ke pusat-pusat karaoke untuk menyanyi lagu dengan rakan sebaya. Ada di antara mereka yang memang handal, bakal menjadi penyanyi profesional suatu hari nanti. Adakah anda suka menyanyi karaoke?
Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Salam" pada 3 Jun nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.