Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Membaca Buku"
2011-05-25 09:46:18 CRI Cetak

Membaca buku dalam bahasa Mandarin ialah Du Shu. Tapi masa kita bercakap, kita juga boleh kata Kan Shu. Du atau Kan maksudnya membaca, Shu maksudnya buku.

Membaca buku adalah tabiat yang baik. Ia bukan sahaja dapat menghibur dan membantu kita mendapat ilmu pengetahuan, tetapi juga menajamkan akal fikiran.

Demi memupuk budaya membaca, 23 April dipilih oleh UNESCO sebagai Hari Membaca Buku Sedunia. Semakin banyak negara menganjurkan aktiviti pada hari tersebut.

Di Sepanyol, harga buku diberi potongan 10% pada Hari Membaca Buku Sedunia dan setiap pembeli akan dihadiahi sekuntum bunga mawar. Di Republik Korea pula, setem kenangan untuk Hari Membaca Buku Sedunia diterbitkan.

Di Jepun, Hari Membaca Buku Sedunia juga dipilih sebagai Hari Membaca Buku Kanak-kanak. Kanak-kanak akan diajar bagaimana memupuk tabiat membaca buku dan memilih buku yang bermanfaat. Kanak-kanak di Britain pula akan diberikan baucer bernilai satu pound untuk membeli buku yang disukai.

Ramai antara kita yang mendapati kehidupan harian terlalu menghadkan masa untuk kita membaca buku. Tetapi bagi yang benar-benar minat membaca, tak kira bagaimana sibuk sekalipun, tentulah pandai mencari masa untuk membaca.

Adakah anda orang yang selalu kata "hobi saya membaca buku" ketika anda berkenalan dengan kawan baru? Apakah jenis buku yang saudara lebih minat? Biasanya berapa buah buku yang akan anda baca dalam masa setahun?

Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Salam" pada 20 Mei nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China