Baru-baru ini berlaku kecurian di Kota Larangan (Forbidden City). Sebanyak tujuh buah barang pameran yang sedang dipamerkan telah dicuri. Kebanyakannya barang hiasan emas, perak dan batu permata yang nilainya lebih daripada 10 juta yuan RMB. Walaupun pihak polis Beijing hanya mengambil masa 58 jam sahaja untuk menyelesaikan kes ini dan barang-barang pameran yang dicuri juga dapat ditemui semula, namun kes ini telah menyebabkan beberapa pihak hilang keyakinan terhadap sistem keselamatan di muzium-muzium yang sentiasa menyimpan sejumlah besar barang artifak seperti Kota Larangan.
Pada hakikatnya, sejak mula adanya muzium, kes pencurian barang-barang seni dan artifak sudah berlaku dengan tidak berhenti-henti. Sarjana bidang Kajian Jenayah Karya Kesenian A.S., Edward Dolnick dalam bukunya "The Rescue Artist" berkata, "karya kesenian yang dicuri di seluruh dunia sudah boleh memenuhi sebuah muzium, dan muzium ini dapat setanding dengan sebarang muzium yang raksasa".
Kes-kes pencurian artifak sudah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat sedunia tentang bagaimana mempertingkatkan perlindungannya.
Artifak merupakan khazanah yang diwarisi daripada nenek moyang kita. Ia bukti kehebatan tamadun manusia di zaman dahulu kala. Selain daripada kecurian, peperangan dan bencana alam pun mengancam keselamatan artifak. Rasa sesal tidak berguna lagi sekiranya kita sudah kehilangan artifak yang tidak ada gantinya.
Apakah pandangan anda mengenai pemeliharaan artifak? Apakah kepentingan kita memelihara artifak-artifak tersebut?
Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Salam" pada 15 Jun nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.