Awal pagi ini, saya dan dua rakan setugas saya, iaitu Puan Noriani dan Encik Satria dah sampai Pusat Pameran Antarabangsa Nanning, tempat letaknya pavilion pelbagai negara dalam Ekspo China-ASEAN.
Upacara perasmian ekspo kali ini akan diadakan tak lama lagi ya, iaitu pada pukul 9:00 nanti. Setelah menghadiri upacara tersebut, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengunjungi pavilion Malaysia untuk menghadiri majlis pembukaannya.