Staf-staf sama ada dari pihak penganjur ekspo ataupun peserta atau wakil syarikat-syarikat Malaysia kelihatan sibuk untuk membuat persiapan. Katanya lebih kurang 130 buah syarikat Malaysia menyertai aktiviti ekspo ini. Moga-moga mereka akan berjaya mendapat rakan kerjasama perdagangan melalui ekspo kali ini.
Dalam tempoh enam hari bermula hari ini, Melur akan membawa anda bersama-sama mengunjungi pavilion Malaysia demi lebih mendekati syarikat-syarikat dari Malaysia yang bercita-cita nak membuka pasaran di China. Jadi, jangan lupa terus berikan perhatian kepada laman web CRI bahasa Melayu dan blog saya ya!