Cari:
Hari Qing Ming
2012-03-27 12:18:58 CRI Cetak

Hari Qing Ming merupakan satu pesta tradisional China yang berasal dari zaman Dinasti Zhou, iaitu lebih 2500 tahun yang lalu. Biasanya hari Qing Ming jatuh pada tarikh 4, 5 atau 6 April setiap tahun. Hari Qing Ming bagi tahun ini jatuh pada 4 April.

Dalam budaya tradisional China, menziarahi dan membersihkan kubur nenek moyang merupakan aktiviti yang paling penting pada hari Qing Ming. Adat resam itu bukan sahaja diamalkan oleh etnik Han, tetapi juga oleh beberapa etnik minoriti yang lain di China.

Pada hari Qing Ming, orang ramai akan menziarahi ke kawasan perkuburan, membakar colok, meletakkan makanan dan buah-buahan di depan jirat kaum keluarga dan menimbuni tanah di atas jirat lama supaya jirat itu menjadi lebih tinggi dan kukuh. Selepas itu, ahli keluarga akan menjalani upacara penyembahan kepada nenek moyang dan mencurahkan minuman di depan jirat.

Data meteorologi selalunya menunjukkan kebanyakan kawasan di China mendung atau hujan pada hari Qing Ming. Suasana ini menambahkan rasa sedih dan rindu terhadap orang yang sudah meninggal dunia.

Tajuk ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 4 April 2012. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut.

Lihat juga
Pandangan Anda?
v Larangan dalam Kereta Api Bawah Tanah di Pelbagai Negara 2012-03-20 08:43:40
v Bagaimana Dapat Tidur yang Lena? 2012-03-13 13:41:46
v Persidangan Tahunan NPC dan CPPCC 2012-03-06 13:55:31
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China