Cari:
Fenomena Haiwan Peliharaan Dijaga Seperti Anak
2012-07-10 14:57:27 CRI Cetak

Konsep DINK (Double Income No Kids) yang dipercayai berasal dari dunia Barat merujuk kepada keluarga yang terdiri daripada pasangan suami isteri tanpa anak; kebanyakannya berpendidikan dan berpendapatan tinggi. Istilah ini juga ditafsirkan dalam masyarakat China sebagai pasangan suami isteri yang berkemampuan, tetapi memilih untuk tidak beranak.

Keluarga DINK beransur-ansur muncul dalam masyarakat China pada tahun 1980-an. Zaman sekarang ini digelar sebagai zaman 'setelah DINK'. Ini kerana walaupun keluarga DINK tidak ingin beranak, tetapi mereka tetap ingin menikmati kebahagiaan sebagai ibu bapa. Mereka mula memelihara haiwan kesayangan sehingga mendapat reputasi "Ding Chong Zu" dalam bahasa Mandarin, yang merujuk kepada pasangan suami isteri yang berpendapatan stabil, tiada anak dan memelihara haiwan kesayangan serta menganggapnya sebagai ahli keluarga.

Salah satu contol tipikal adalah keluarga encik Zhang. Sebelum berkahwin lagi, encik Zhang dan isterinya sudah bersetuju untuk tidak beranak. "Anak mungkin akan menjadi beban besar. Kami berdua masing-masing mempunyai pelan kerjaya yang stabil dan matlamat masa depan. Kehadiran anak mungkin akan menghancurkan keseimbangan ini. Lagipun, konsep tradisional, iaitu beranak demi mengelakkan daripada tiada untuk orang menjaga ketika sudah berumur, sudah ketinggalan zaman. Saya rasa kami bukan sahaja tidak akan bergantung pada anak sendiri untuk menjaga kami, malah berasa bimbang anak kami mungkin akan menjejaskan taraf dan kualiti hidup yang sedia ada sekarang ini." Kata Encik Zhang.

Bagi sesetengah keluarga DINK, mereka menyalurkan kasih sayang mereka kepada haiwan kesayangan. Haiwan kesayangan Encik Zhang dan isterinya ialah seekor anjing gembala Scotland bernama Baobao yang berusia tiga tahun. Encik Zhang tidak menafikan peranan penting Baobao dalam keluarganya. Menurutnya, Baobao lebih rapat dengan isterinya sebab ia dibesarkan oleh isterinya. Isterinya pula sentiasa memanggilnya "anak saya" ketika berbual-bual tentang Baobao dengan kawannya. Ternyata isteri Encik Zhang menganggap anjing tersebut seperti anaknya sendiri. Pada masa yang sama, Baobao juga tidak mengecewakan pasangan Zhang. Ia menemani mereka dengan taat setia dan selalu beraksi demi menggembirakan tuannya.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China