Cari:
Selamat Tahun Baharu 2013!
2012-12-20 14:59:12 CRI Cetak

Masa berlalu dengan cukup pantas. Dengan tidak kita sedari, tahun 2012 bakal berakhir, dan tahun 2013 akan tiba tidak lama lagi. Kalau masih ingat, Xin Nian Kuai Le membawa erti Selamat Tahun Baharu dalam bahasa Mandarin.

Bagi pihak CRI dan Bahagian Bahasa Melayu CRI, kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu atau Xin Nian Kuai Le kepada anda yang selalu memberi perhatian dan sokongan kepada kami sepanjang tahun ini. Pada saat yang begitu bermakna ini, kami mendoakan anda kekal sihat, sejahtera dan ceria pada tahun yang baharu ini.

Dalam ruangan Salam yang bakal disiarkan pada 28 Disember nanti, staf-staf Bahagian Bahasa Melayu CRI dan beberapa pendengar kami di seberang laut akan berkongsi perasaan mereka menyambut tahun baharu ini. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan juga berkongsi azam atau hasrat anda untuk tahun 2013. Alamat emel kami ialah mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China