Cari:
Apakah Rintangan yang Dihadapi Anjing Pemandu di Bandar?
2012-12-11 12:31:33 CRI Cetak

"Ordinan Pembinaan Persekitaran Tanpa Halangan" yang diumumkan oleh Dewan Negara China telah dilaksanakan secara rasmi pada 1 Ogos lalu. Sejak itulah, orang cacat penglihatan perlu mematuhi peraturan negara yang berkenan ketika membawa anjing pemandu di tempat awam, manakala pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakan perkhidmatan dan kemudahan menurut peraturan tersebut.

Surat khabar Renminribao dalam rencana yang diterbitkannya telah menyatakan bahawa ordinan tersebut merupakan undang-undang pentadbiran yang pertama di China yang melibatkan pembinaan kemudahan tanpa halangan. Ia menandakan bahawa pembinaan kemudahan tanpa halangan di China kini berasaskan undang-undang, dan usaha melibatkan orang kurang upaya di China telah memasuki tahap perkembangan yang baharu dalam perjalanan pembangunan saintifik.

Terdapat kira-kira 67 ribu orang cacat penglihatan di bandar Beijing, namun hanya terdapat 10 ekor anjing pemandu. Selain itu, walaupun sudah ada anjing pemandu, orang cacat penglihatan masih perlu bersiap sedia untuk menghadapi rintangan yang timbul dalam kehidupan harian di bandar yang serba moden ini. Alasan yang paling kerap digunakan untuk menolak kemasukan mereka di kebanyakan tempat awam ialah "haiwan kesayangan tidak dibenarkan masuk". Nampaknya perbezaan antara anjing yang bekerja seperti anjing pemandu dengan haiwan kesayangan belum dibezakan dengan jelas.

Sebenarnya anjing pemandu lain sama sekali dengan haiwan-haiwan kesayangan. Mereka bertanggungjawab memandu dan menjaga pergerakan dan keselamatan orang cacat penglihatan. Boleh dikatakan, anjing pemandu merupakan mata bagi mereka. Sebelum menjadi anjing pemandu, anjing-anjing perlu menerima latihan yang cukup rumit dan ketat. Sementara itu, kos latihan tersebut juga tinggi, iaitu kira-kira 10 ribu yuan untuk seekor anjing pemandu.

Kurang memahami fungsi sebenar anjing pemandu dianggap salah satu punca utama yang menyebabkan orang ramai dan tempat awam menolak kemasukan anjing pemandu. Pada bulan Jun lalu, 8 ekor anjing pemandu dari pelbagai tempat di China telah berkumpul di Beijing untuk menyertai kempen besar-besaran "Give Me Eyes" bersama tuan masing-masing. Kempen tersebut diadakan untuk menyeru masyarakat agar lebih prihatin terhadap anjing pemandu yang merupakan mata bagi orang buta.

Topik tersebut akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 19 Disember nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
Pandangan Anda?
v 12/12/2012 Akan Dilanda "Ribut Beli-belah Internet" Lagi? 2012-12-06 14:24:17
v Mahukah Cuba "Perancang Lamaran"? 2012-11-27 10:48:05
v Membisu Selepas Kerja 2012-11-20 14:06:59
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China