Cari:
Mahukah Cuba "Perancang Lamaran"?
2012-11-27 10:48:05 CRI Cetak

Kalau ditanya, adakah anda bersetuju "lamaran" merupakan detik manis yang patut diingati sampai bila-bila? Dan jika berpeluang, adakah anda mahu membuat lamaran dengan cara yang menarik, istimewa dan unik? Mungkin kebanyakannya akan menjawab "ya". Namun, apabila ditanya tahukah tentang perancang lamaran dan mahukah cuba mengupah perancang lamaran, mungkin ramai yang akan tertanya-tanya, apakah itu perancang lamaran? Apakah fungsinya?

"Lamaran"merupakan saat bahagia yang sungguh bermakna bagi setiap pasangan yang bakal berumah tangga. Baru-baru ini, perkhidmatan perancang lamaran mula menjadi popular walaupun sektor ini masih berada pada peringkat awal di Tanah Besar China. Perancang lamaran merujuk kepada individu atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan merancang cara lamaran untuk pelanggan berdasarkan keinginan dan keadaan pelanggan itu.

Mungkin kita lebih biasa melihat cara lamaran yang cukup romantik dalam plot-plot filem seperti memaparkan "I Love You" pada skrin besar di dinding bangunan di kawasan yang makmur untuk melamar kekasih hati, ataupun menyalakan beratus-ratus lilin yang disusun menjadi bentuk hati pada waktu malam. Cara-cara lamaran tersebut bukanlah angan-angan yang cuma wujud pada layar perak, sebaliknya kini boleh kita lakukan atas bantuan perancang lamaran.

Hu Wei, seorang perancang lamaran di bandar Suzhou berkata, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada lelaki yang dilahirkan pada era 1980-an yang sudah sampai umur untuk berumah tangga. Bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatannya biasanya antara 5 hingga 10 ribu yuan RMB, namun beliau juga boleh diupah dengan harga serendah 2 ribu yuan untuk merancang lamaran. Perbezaan harga tersebut adalah disebabkan oleh lokasi, masa dan barang yang diperlukan dalam lamaran. Menurut beliau, hari-hari menjelang Hari Kekasih (Valentine's Day) ialah salah satu masa puncak lamaran.

Perancang lamaran masih lagi sektor baharu dan memerlukan masa yang panjang untuk berkembang menjadi pasaran yang cukup matang. Sementara itu, kelayakan perancang lamaran juga memerlukan perakuan kerajaan. Namun, menurut pandangan pakar berkenaan, prospek masa depan perancang lamaran adalah cerah seiring dengan kemajuan masyarakat dan semakin ramai orang yang berani dan aktif menunjukkan kelainan dan keistimewaan tersendiri.

Topik yang berkenaan akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 5 Disember 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
Pandangan Anda?
v Membisu Selepas Kerja 2012-11-20 14:06:59
v Mesra Alam Perlu Tindakan Hakiki Kita Semua 2012-11-13 10:35:06
v Rahman Berkongsi Pengalamannya ketika Berada di Malaysia(2) 2012-11-08 10:59:57
v Perlu Pandai Manfaatkan Tenaga "Mikro" 2012-11-06 13:24:56
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China