Usaha perlindungan alam sekitar semakin menjadi sebahagian kerja utama bagi pelbagai negara. Kerajaan China juga tidak terkecuali. Walaupun China merupakan negara membangun yang masih kekurangan pengalaman, tenaga manusia, sains dan teknologi dalam bidang perlindungan dan pembaikpulihan alam sekitar, namun pada tahun-tahun kebelakangan ini, China dengan sedaya upaya untuk meningkatkan keupayaannya demi lebih mesra alam dan telah mencapai hasil yang menonjol.
Apakah perkembangan terkini yang telah dijalankan di China untuk memelihara alam sekitar dan meningkatkan kesedaran rakyat untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam? Topik yang berkenaan akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 21 Nov 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn