Cari:
Inovasi Terus Ditingkatkan Demi Kepentingan Rakyat di China
2012-10-30 12:27:04 CRI Cetak

Inovasi akan terus ditingkatkan demi menaiki taraf kehidupan rakyat di China. Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di tanah besar China pada 1978, ungkapan "inovasi atau pembaharuan" telah menjadi istilah yang tidak asing terhadap rakyat China. Jika mengimbau kembali proses pembangunan China pada beberapa puluh tahun lalu di China, hampir setiap peringkat dalam proses pembangunan adalah berkait rapat dengan inovasi. Selama ini, China telah mengalami pembaharuan mekanisme ekonomi, pembahauran sistem operasi di kawasan desa dan bandar, pembaharuan syarikat milik negara, pembaharuan perubatan, pendidikan dan kewangan. Walaupun hasil atau pencapaian pelbagai pembaharuan tersebut bukanlah semua memuaskan, bahkan masih menghadapi masalah yang teruk, namun tidak boleh dinafikan bahawa pembaharuan dan inovasi telah mengubah "wajah" sosial dan ekonomi China.

Ketua Editor surat khabar THE CHINA PRESS di A.S., berpendapat, daya dorongan utama bagi pembaharuan pusingan baru di China masih adalah membaiki dan terus meningkatkan kehidupan rakyat China. Namun, keperluan rakyat kini telah berubah dari peringkat "cukup makan" kepada "semakin mementingkan perasaan keselamatan, sense of belonging (rasa kekitaan) dan hormat". Sementara itu, sebahagiannya mula bersedia menunjukkan atau merealisasikan nilainya sendiri terhadap masyarakat. Sehubungan dengan itu, dasar kerajaan yang melibatkan kepentingan rakyat perlu diubahsuai menjadi lebih adil, seimbang dan merangkumi kepentingan seluruh anggota masyarakat.

Keadaan semasa ini memperlihatkan China sedang menghadapi cabaran besar dalam memenuhi keperluan rakayt peringkat kedua (iaitu semakin mementingkan perasaan keselamatan, sense of belonging dan hormat). Misalnya, masalah kekurangan sumber perubatan, tenaga pengajar dan jaminan sosial warga emas. Ini menunjukkan pembinaan dan pengawalan sistem jaminan asas sosial masih perlu diusaha lagi oleh kerajaan China dan juga Parti Komunis China.

Apakah perkembangan terkini yang telah dijalankan di China untuk memelihara alam sekitar dan meningkatkan kesedaran rakyat untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam? Topik yang berkenaan akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 7 Nov 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China