Walaupun perkhidmatan ejen pembeli barang dari luar negara baru sahaja diperkenalkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi ia segera menjadi popular sehingga wujudnya beberapa laman web besar yang khusus menyediakan perkhidmatan membeli barang dari luar negara untuk pengguna di tanah besar China.
Memang benar perkhidmatan ejen tersebut amat memudahkan para pengguna, tambahan pula mereka biasanya menawarkan harga yang lebih murah. Namun pada masa yang sama, para pengguna yang asyik membeli "barangan import" daripada mereka dinasihati supaya tidak mengabaikan risiko-risiko tersembunyi terutamanya dalam aspek kredit pengimport, kualiti produk dan sebarang masalah yang mungkin timbul sesudah pembelian. Di samping itu, individu dan laman web yang berperanan sebagai ejen pembeli barang dari luar negara pula menghadapi risiko dari segi undang-undang.
Bagaimana membezakan pembelian barangan secara sah dengan perbuatan "menyeludup" demi mengelakkan cukai import? Di tanah besar China, terdapat dua kaedah yang sah untuk membeli barangan dari luar negara. Pertama, membeli dengan tidak melebihi nilai atau bilangan tertentu untuk kegunaan sendiri atau sebagai cenderamata; atau kedua, membeli terus daripada pengimport yang berlesen.
Selain itu, setiap negara melaksanakan undang-undang sendiri terhadap ejen perkhidmatan sedemikian. Maka kita sebagai pembeli perlu sentiasa memberikan perhatian supaya tidak terjebak dalam pembelian haram.
Topik ini akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 24 Okt 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn